|
|
Waktu Pulang Sepanjang Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun |
|
|
|
|
Sila ambil maklum waktu pulang pelajar sepanjang minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah seperti yang disenaraikan. Sila rujuk surat makluman kepada ibu bapa bertarikh 7 Mei 2012 yang telah diedarkan. Isnin (14 Mei 2012) - 1.45 petang Selasa (15 Mei 2012) - 1.45 petang Rabu (16 Mei 2012) - 1.45 petang Khamis (17 Mei 2012) - 1.45 petang Isnin (21 Mei 2012) - 1.45 petang Selasa (22 Mei 2012) - 1.45 petang Rabu (23 Mei 2012) - 1.45 petang Khamis (24 Mei 2012) - 1.45 petang |
|
Last Updated ( Tuesday, 15 May 2012 06:40 )
|
|
|
|
Majlis Anugerah Cemerlang 2012 |
|
|
|
|
Warga SMKRS berbesar hati menerima kehadiran Yang Berhormat Dato' Mohammad Zahir b. Abdul Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi yang telah sudi merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMKRS Tahun 2012. Majlis telah diadakan pada 10 Mei 2012 dan pada kali ini pihak sekolah telah memilih untuk mengadakan majlis ini di Dewan Terbuka SMKRS. Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah wakil daripada JPN Perak dan PPD Kinta Utara disamping pihak AJK PIBG SMKRS. Untuk rekod, tokoh pelajar pada tahun ini telah dianugerahkan kepada saudari Lailatul Nadhirah bt. Asri. Dalam majlis ini juga semua yang hadir telah dipersembahkan dengan beberapa persembahan oleh para pelajar. 
Gambar: Klik Disini |
|
Last Updated ( Monday, 14 May 2012 15:14 )
|
|
|
Cuti Hari Pekerja dan Waktu Pulang Hari Rabu |
|
|
|
|
Makluman Kepada Semua Pelajar dan Ibu-Bapa/Penjaga Sila ambil makluman bahawa hari selasa (1 Mei 2012) adalah cuti persekolahan sempena Hari Pekerja. Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari rabu (2 Mei 2012). Sila ambil makluman juga perjumpaan kokurikulum pada hari rabu (2 Mei 2012) dibatalkan dan waktu pulang adalah pada jam 1.45 petang. Sekian dimaklumkan. Unit HEM SMK Rapat Setia, Ipoh |
|
Last Updated ( Monday, 30 April 2012 02:26 )
|
|
|
Cuti Berganti Sempena Perayaan Hari Raya Haji 2012 |
|
|
|
|
Makluman Kepada Semua Pelajar dan Ibu-Bapa/Penjaga Sila ambil makluman bahawa esok (Sabtu - 21 April 2012) adalah hari persekolahan bagi menggantikan cuti sempena perayaan Hari Raya Haji 2012. Persekolahan bermula seperti biasa dan waktu balik adalah pada jam 1.10 petang. Semua Ibu-Bapa/Penjaga disarankan untuk menguruskan pengangkutan anak tuan/puan. Rujuk makluman daripada PPD Kinta Utara di sini. |
|
Last Updated ( Friday, 20 April 2012 02:29 )
|
|
|
Majlis Perpisahan En. Ahmad Kemunchak |
|
|
|
|
Majlis ini diadakan khas buat Encik Ahmad Kemunchak b. Abdul Karim, mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMKRS yang berpindah ke SMK Saint Michael bermula 1 April 2012. Dalam majlis ini Encik Ahmad telah menyampaikan ucapan dan amanat yang mana antara lainnya menekankan tentang kepentingan menjaga ukhuwah antara satu sama lain. Warga SMKRS keseluruhannya melahirkan setinggi ucapan penghargaan atas segala jasa dan bakti yang beliau telah tabur sepanjang berkhidmat di SMKRS dan diharapkan beliau akan terus sukses di tempat baru.
Gambar: Klik Disini |
|
Last Updated ( Friday, 06 April 2012 11:49 )
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
|
Page 1 of 3 |