Perkhemahan Perdana Badan Beruniform bagi tahun ini sekali lagi diadakan di Pusat Kokurikulum PPD Kinta Utara di SK Pos Raya. Lokasi ini dipilih atas kapasiti kesesuaian lokasi dan kemudahan yang terdapat di sini. Program 3 hari 2 malam dari 2 hingga 4 julai 2010 telah dikendalikan oleh jurulatih pusat kokurikulum dengan dibantu oleh guru-guru SMK Rapat Setia. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini adalah Jungle Trekking, Pertandingan Memasak, Flying Fox, Denai Buta serta beberapa aktiviti lain. Yang Dipertua PIBG SMK Rapat Setia, Ybhg Dato Dawa b. Abdullah juga turut hadir memberikan sokongan seterusnya menutup program perkhemahan perdana pada kali ini.