|
|
Majlis Pelancaran Kempen Membaca dan Program Anti Dadah |
|
|
|
|
Majlis perasmian untuk kedua-dua program telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Siti Zabidah bt. Setia, pengetua SMK Rapat Setia pada 5 Julai 2010. Kempen membaca ini adalah merupakan anjuran Kelab Rakan Membaca manakala Program Anti Dadah&Anti Rokok adalah di bawah kendalian Unit HEM SMKRS. Selain bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Hari Anti Dadah, majlis juga diisi dengan persembahan oleh duta kecil kempen membaca dan duta kecil anti dadah. |
|
Last Updated ( Monday, 05 July 2010 14:01 )
|
|
|
|
Perkhemahan Perdana Badan Beruniform 2010 |
|
|
|
|
Perkhemahan Perdana Badan Beruniform bagi tahun ini sekali lagi diadakan di Pusat Kokurikulum PPD Kinta Utara di SK Pos Raya. Lokasi ini dipilih atas kapasiti kesesuaian lokasi dan kemudahan yang terdapat di sini. Program 3 hari 2 malam dari 2 hingga 4 julai 2010 telah dikendalikan oleh jurulatih pusat kokurikulum dengan dibantu oleh guru-guru SMK Rapat Setia. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini adalah Jungle Trekking, Pertandingan Memasak, Flying Fox, Denai Buta serta beberapa aktiviti lain. Yang Dipertua PIBG SMK Rapat Setia, Ybhg Dato Dawa b. Abdullah juga turut hadir memberikan sokongan seterusnya menutup program perkhemahan perdana pada kali ini. |
|
Last Updated ( Sunday, 04 July 2010 09:39 )
|
|
|
|